-->

157 Orang Ucapkan Syahadah di Atas Laut: Tuhan Itu Apa?

- Februari 01, 2021


Seramai 157 orang mengucap syahadah.  Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Satu kampung memeluk Islam ptg ini. Semuanya dgn rela tanpa paksaan memeluk Islam. 

Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut. Mereka tinggal dlm bot atau pondok kecil atas laut. menangis saya  gembira.

Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. 

Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun.

Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. 

Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. 

Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.

Mereka terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. 

Saya akan terus bantu makanan seluruh kampung atas laut ini. Saya tengah urus untuk bina sekolah. Tengah cari guru ustaz untuk mengajar mereka.

Terima kasih Allah.



-- Ustaz Ebit Lew

Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search